I'm small, like you are an elephant and I'm an ant ;3
Diary #2

Tak tahu kenapa, tapi sejak dua menjak ni asyik menangis saja bila ingat dekat kau. Tak tahu, aku yang salah ke, kau yang salah ke. Yang pasti buat semua benda tak kena. Ada saja benda yang boleh jadikan gaduh. Haruslah, aku tak nak berpisah. Tak pernah aku fikir sampai macam itu. Aku tak tahu pun apa yang akan jadi andai kata aku dan kau pergi ikut haluan masing-masing. Mungkin aku tak keruan? Menyesal? Tak tahu nak luah dekat siapa, nak salahkan siapa dalam hal ini. Kena pandai berbincang sesama sendiri. Aku tak pandai nak buat ayat puitis macam kau. Cukuplah sekadar luahkan perasaan aku dekat sini.